Dia Nampak Normal Je?

Memang betul. Alamkhir tiada kecacatan fizikal. Kalau syndrome down tu kita boleh nampak fizikal dia macam mana. Autism spectrum pun nampak juga dari segi behavior dia memang berbeza dari anak-anak normal (tapi kalau orang yang tidak berpengetahuan tu, memang dia ingat budak-budak autism ni adalah anak-anak yang manja teruk kuat mengamuk- jika nampak budak tantrum di pasaraya misalnya)

Bagi anak-anak yang ADHD, mereka memang seperti anak-anak normal. Most of them memang boleh bercakap, boleh bermain, boleh buat itu ini. Tapi, kebolehan macam dibatasi oleh sebab saraf otak yang tak berhenti memproses. Dan setiap anak-anak ADHD adalah berbeza dangan ADHD-er yang lain. Simptom ada yang sama, tapi each of of them selalunya berbeza. Ada perlukan ubat penenang, ada yang tidak perlu, tapi perlu distract dia dari lamunan siang harinya itu.

Tapi yang paling bagus sekali, imaginari mereka sangat besar, jika tahu cara mengemudikannya, kreativiti dia tu boleh create macam-macam. Kena guide sebab otaknya ada beberapa idea pada waktu yang sama, menyebabkan sukar dia jot it down. Kena guide dia how to focus bagaimana nak salurkan idea-idea nya one by one.

Puan Perema, Alamkhir current occupational therapist’s, bila dia tengok Alamkhir melukis saja dia terus beritahu, Alamkhir ini creative, tapi dia perlukan guide macam mana dia nak keluarkan idea-idea dia.

Dia boleh jadi arkitek, beritahu Puan Perema pada aku dengan mata yang bersinar. Terus sebak dada aku~

Simptom ADHD pada Alam

ADHD ada tiga jenis. Inattentive type, hyperactive-impulsive type dan combination type. Alam tak hyperactive, tapi memang tak boleh duduk diam-diam, dia punya both symptom but more on type two ADHD. Dulu-dulu sebelum guna type one or two or both, type two dikenali sebagai ADD.

Sebelum masuk sekolah sekitar umur 1 hingga 4 tahun, aku tak dapat mengesan pun ADHD pada Alam. Tetapi kepelikan tentang sikapnya yang agak ketara seperti:

  1. Terlalu memilih makanan – ia berkaitan dengan deria sentuhan Alam. Mudah merasa geli. Juga dia tidak suka memijak bahagian luar rumah sama ada lantai atau berumput tanpa kasut. Maka terjengket-jengketlah kaki dia semasa kami bawa dia ke pantai. Last-last kena dukung je.
  2. Tidak sabar. Kalau jalan jammed, kereta berhenti dia akan menangis/tantrum
  3. Tak sabar tunggu giliran. Masa bawa dia ke Legoland tunggu turn naik keretapi. Dia mengamuk sebab tak boleh naik lagi, walhal keretapi dah sampai. Tapi turn kami belum sampai lagi untuk naik train. -_-‘ aku rasa nak bawak balik je masa tu. T_T
  4. Suka benda berpusing. Main roda kereta pusing-pusing. Kipas semua kena on, kalau tak dia tantrum. (Ciri-ciri autism di sini)
  5. Tak suka bunyi yang bising. Dia akan rasa annoy sangat dengan bunyi blander, vacuum, hujan, radio, dan bila adik-adik dia mengetuk-ketuk meja guna hammer toy atau goncang batu-batu kecil dalam botol. (Ciri-ciri autism di sini)
  6. Cepat mengamuk. Kalau tak dapat sesuatu senang mengamuk. Ingatkan dulu dia manja sangat, tapi memang masalah ADHDer begitu. Sebab tak sabar dia. Selalunya pujuk tak jalan. Jadi aku biar saja dia mengamuk. Bila dia dah tenang sedikit, baru aku explain kenapa tak boleh, dan ganti dengan benda lain. Baru dia ok.
  7. Tak selesa di rumah orang lain. Kadang-kadang mengamuk di rumah orang (Ingat masa datang rumah Nett ramai-ramai ada Daun, OP & Mulan, Spyz dan lagi aku lupa, yang Alam mengamuk tak boleh letak. Haduuu malu aku!!). Atau duduk bersembunyi di tempat yang tersorok (macam pergi beraya rumah makcik). Tu sebab aku macam malas nak bawa anak-anak pergi ke rumah orang. Bukan semua orang boleh faham. Jadi untuk mengelakkan diri dari penat memujuk tantrum dia, baiklah aku duduk senang-senang di rumah saja. -_-

Ada lagi tapi dah lupa. Apabila tiba tahun pra-sekolah, 5 tahun aku masukkan Alam ke Pasti. Tapi aduan-aduan dari cikgu. Kemudian dia masih belum dapat menguasai penulisan, bacaan. Aku ingatkan mungkin perlu pendekatan lain. 6 tahun, aku enroll Alam ke Tadika Myzara sebab Pengasas tadika ini juga merupakan pengasas teknik baca cepat. Alhamdulillah 4 bulan masuk kelas insentif, Alam boleh baca. Tapi sangat perlahan progressnya.

1 tahun di Pasti, 1 tahun di Myzara. Cikgu-cikgu beritahu aku akan keistimewaan Alam.

“Puan, Alam tak boleh duduk diam dalam kelas.”

“Puan, Alam duduk bawah meja sepanjang saya mengajar.”

“Dia tak boleh beri perhatian. Fokusnya hanya bertahan 5 minit.”

“Dia ada di dunia dia sendiri, puan.”

Allah, bagaimana aku nak bantu dia? Aku tak tahu masa tu. Yang aku tahu paksa dan terus paksa dia belajar. Kadang dia sampai menangis sambil menulis. 😥 kejam gila mama ni. T_T

Sehinggalah pada minggu pertama persekolahan bermula. Alam masuk darjah 1. Sekolah baru, kawan-kawan baru. Ramai murid-murid. Hari pertama dia dah tunjuk rasa gelisah, tak selesa dan insecure.

Hari pertama, dia dah menangis di dalam kelas sekuat-kuatnya dan menendang sana sini. Hanya selepas melihat aku baru dia diam dan duduk baik seolah-olah tiada apa-apa yang terjadi sebelum ni. Aku duduk tepi kelas sehingga waktu rehat. Dan kemudian, Azlie ambil alih untuk tengokkan dia.
Trigger  : insecure. Berada dalam tempat yang tidak dikenali.

Hari kedua. Cikgu beritahu dia mengamuk bila cikgu pegang bahu dia untuk betulkan kedudukan dia dalam barisan.
Trigger : tidak suka disentuh oleh orang yang tidak dikenali.

Hari kedua. Cakar dan gigit cikgu.
Trigger : tidak suka disentuh oleh orang yang tidak dikenali.

Hari keempat. Mengamuk sehingga mencakar 5 orang kawan-kawan. Gigit cikgu. Sampai perlu ditenangkan oleh ramai cikgu.
Trigger : Botol air disorokkan oleh murid lain. His comfort thing. Orang lain tak boleh sentuh, pegang barang-barang kesayangan dia. Apabila orang lain ambil/sorokkan, tu yang dia mengamuk. 😦

~ Dan yang menyayukan hati aku pada hari itu aku balik menjemputnya pulang dari sekolah, ternampak bekas tangan di belakang badan Alam. Menangis aku tengok bekas itu. Ada gambar tapi malas pulak nak paparkan di sini. Cukuplah hati aku dan keluarga aku saja yang sakit. Kami dah bersemuka dengan pihak sekolah, guru tersebut mengaku dan meminta maaf. Kamipun dah terima baik maaf tersebut.

Sejak kejadian itu, aku mula kumpul semua info dari website, aku google semua symptom, aku tanya cikgu pra-sekolah Alam. Then baru aku berani bawa Alam untuk diagnosis. Minta surat dari cikgu sekolah untuk berjumpa doktor, minta doktor buat surat rujukan ke Klinik Psikitrik Kanak-Kanak dan Remaja, Hospital Permai.

Banyak lagi kes-kes dia mengamuk di sekolah sebab rasa insecure dengan persekitaran sekolah, sampaikan apabila telefon aku terima mesej dari cikgu, aku dah rasa trauma. T_T

Pergi Pakar Kanak-Kanak Swasta, beliau beritahu Alam ok. Cuma tak sesuai dalam suasana pembelajaran yang muridnya ramai. Tapi sekolah rendah kerajaan manalah ada kelas yang sedikit murid, kecuali kelas khas? -_-

Selepas disahkan diagnosisnya, antara perkara yang kami perlu buat dan bantu Alam ialah terapi cara kerja. Doktor juga beri rujukan ke audio dan speech untuk periksa sekiranya dia ada masalah pendengaran dan pertuturan (sebab dia tak jawab pun soalan doktor, jadi doktor ingat dia ada masalah pendengaran dan pertuturan. Alhamdulillah, dia ok.

Sedihnya lihat anak terpaksa struggle hadapi perkara yang tidak dia minta.

Aku tidaklah rasa down sepanjang masa. Most of the time bila tak ada kerja, aku akan google terapi-terapi untuk Alam dan aktiviti-aktiviti untuk anak-anak aku. Juga tak berapa gemar nak share perkara tentang anak-anak di media sosial. Tapi sebab bulan Oktober merupakan Bulan Kesedaran ADHD, maka aku kira ianya masa yang baik aku cerita tentang ADHD dan Alam.

 

Tentang Alam ini, bukanlah membuka pekung di dada, adalah sebagai ujian dan pengajaran pada aku. Juga ingatan pada ibu-bapa lain. Apabila ada anak-anak yang sukar belajar atau ada simptom ADHD, bawalah berjumpa doktor untuk dapatkan diagnosis dengan tepat, bukanlah bertanya di media sosial. Eh.

Next entri, aku cerita tentang aktviti-aktiviti terapi untuk Alam. Insya Allah. 🙂

Advertisements

Adhd & Alamkhir

Aku tidak sukar menerima diagnosis Alamkhir. Sebaliknya lega kerana akhirnya, aku boleh memahami keadaan dia. Boleh mencari apa yang perlu aku buat untuk membantunya. Tetapi yang paling banyak, kekesalan, kerana tidak cuba memahami sebelum ini, hingga aku cederakan emosinya berkali-kali.

😦 I’m such a bad mom!

Jadi fahamlah aku bila dia mengamuk, bila dia sukar fokus dan lain-lain lagi masalah/simptom yang dia alami, seperti yang aku share at previous post. 😦

Hati aku masih luka bila fikirkan tentang Alam. Bila dia balik sekolah, wajah tulus dia nampak aku. Walaupun dia tak paparkan sebarang reaksi, seperti mana anak-anak orang lain bila nampak mama/papa datang untuk jemput, Alamkhir dengan wajah straight tanpa senyum, datang pada aku perlahan-lahan. Aku pegang tangan dia, tapi dia lepaskan, senyap, dan kemudian barulah dia bercerita tentang robot bergaduh atau dinasor. Bukan cerita tentang apa dia buat di kelas hari ini. Semua yang dia lalui hari itu di sekolah, tidak ter-register dalam memori dia.

Kami suami isteri bercadang untuk pindahkan dia ke sekolah khas. Bukan untuk dia excelled dalam pelajaran, tapi bantu dia menghadapi masa depan.

Aku tak kisah dia tak dapat semua A dalam peperiksaan, cuma aku mahu dia belajar dia tahu dia faham dia kenal mana baik mana buruk. Apa pun dia mahu buat, aku akan guide dia sebaiknya, Apa jua dia cita-citakan, aku pimpin dia agar dapat dicapai.

Ini ujian untuk aku dan suami. Kami kena harung sebab, kami tahu, Allah tidak turunkan sesuatu ujian yang tidak boleh dihadapi oleh hambaNya. Ia masih kecil berbanding ujian orang lain, yang ada anak perlukan perhatian 24jam, tidak boleh bercakap, tidak boleh bangun. 😦 Allah hu akhbar. Aku tidak tahu bagaimana nak hadapi sekiranya di kasut mereka itu aku. 😥

Semoga dipermudahkan segala urusan~

Entri Tentang Anak

Assalamualaikum wbt. 🙂

Cerita tentang anak-anak Amyz & Azlie nih. >_<

Alam, 5 tahun 5 bulan. Dah masuk tadika PASTI dekat-dekat rumah. Rancang nak masukkan ke sekolah agama integrasi bila naik darjah satu nanti. Sebabnya, 1 – Satu sekolah saja. Tak perlu tukar-tukar baju nak pergi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama. Sebab 2 – Sekarang dah masuk tadika Islam. Teruskan untuk aliran yang sama. Dalam bahasa yang lebih senang, konsisten. Sekarang tengah survey sebab masih ada masa lagi. 😉

Amelyz, 2 tahun 6 bulan. Speech delay. But its ok. Sebab dia suka juga bercakap, cuma vocabulary masih kurang. My fault. 😦 Insya Allah ok. Tak payah risau-risau sangat. Yang penting kita usaha. 🙂 Lain-lain, sangat sihat. Kuat makan. Kuat jerit. Kuat menangis. Rajin. Motor skills pun bagus. Suka tolong mama masak kat dapur. Setiap kali aku masak, mesti dia ambil kerusi, berdiri atas kerusi mengadap sinki dan godak-godak air dalam bekas plastik macam tengah memasak. Haha. So cute!

Alim, 1 tahun 5 bulan. Aktif. Sangat. Sekarang asyik nak panjat meja makan dan berjoget di atasnya. Pitam! Dah boleh cakap sikit-sikit. Terutama kalau nak makan atau taknak keluar dari bilik air. -_-‘ haih. Dan suka ajuk mama marah. Haha. T__T Lagi satu, masa solat, semua sejadah nak dibentangkan. Adoi. Ramainya makmum mama. T__T Sabar aje lah~

Alhamdulillah. Semua anak sihat-sihat, baik-baik dan aktif. Walaupun mak dah macam tarzan dan hulk di rumah. T__T

all-

Untuk Kamu.

 

Alam,

Mama minta maaf bilamana mama kurang sabar, cepat marahkan Alam, bila Alam mengaruk, bila Alam merajuk, bila Alam menangis kuat-kuat, berguling-guling atas lantai, hantuk-hantuk kepala – sebab tak dapat apa yang Alam nak. Atau, mama tak faham apa yang Alam nak.

Mama minta maaf bila mama terpaksa ‘tangan’kan Alam – sebab segala pujukan mama tidak berkesan – Alam terus mengaruk – dan kesabaran Mama sudah minima. Niat mama untuk menyedarkan, untuk memberitahu – dunia memang begitu. Tak semua yang kita mahu, kita boleh dapat.

Mama tahu, apa pun Alam mahu, Alam minta pada Mama – pasti Alam dapat. Tapi tak semuanya boleh, sayang~ Mama bukan ada magik.

Maafkan Mama, sayang.

Percayalah. Mama terlalu sayangkan Alam. Sekiranya boleh, Mama berikan segala. Tapi ada kalanya, kemampuan mama terbatas jua.

“Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja.

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)”

2

Kesayangan kami ini, yang bercakap tanpa henti, yang selalu buat mama dan papa tersenyum, hari ini sudah 2 tahun.

 

 

Happy birthday my precious Alamkhir. Happy two-years old birthday. 🙂

Doa mama, harapan mama, hanya yang terbaik sahaja untuk kamu.

Much love, lots and lots of love!