alam, alim, amelyz, amyz azlie, amyz story, amyz-tulis, anakยฒ

Entri Tentang Anak

Assalamualaikum wbt. ๐Ÿ™‚

Cerita tentang anak-anak Amyz & Azlie nih. >_<

Alam, 5 tahun 5 bulan. Dah masuk tadika PASTI dekat-dekat rumah. Rancang nak masukkan ke sekolah agama integrasi bila naik darjah satu nanti. Sebabnya, 1 – Satu sekolah saja. Tak perlu tukar-tukar baju nak pergi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama. Sebab 2 – Sekarang dah masuk tadika Islam. Teruskan untuk aliran yang sama. Dalam bahasa yang lebih senang, konsisten. Sekarang tengah survey sebab masih ada masa lagi. ๐Ÿ˜‰

Amelyz, 2 tahun 6 bulan. Speech delay. But its ok. Sebab dia suka juga bercakap, cuma vocabulary masih kurang. My fault. ๐Ÿ˜ฆ Insya Allah ok. Tak payah risau-risau sangat. Yang penting kita usaha. ๐Ÿ™‚ Lain-lain, sangat sihat. Kuat makan. Kuat jerit. Kuat menangis. Rajin. Motor skills pun bagus. Suka tolong mama masak kat dapur. Setiap kali aku masak, mesti dia ambil kerusi, berdiri atas kerusi mengadap sinki dan godak-godak air dalam bekas plastik macam tengah memasak. Haha. So cute!

Alim, 1 tahun 5 bulan. Aktif. Sangat. Sekarang asyik nak panjat meja makan dan berjoget di atasnya. Pitam! Dah boleh cakap sikit-sikit. Terutama kalau nak makan atau taknak keluar dari bilik air. -_-‘ haih. Dan suka ajuk mama marah. Haha. T__T Lagi satu, masa solat, semua sejadah nak dibentangkan. Adoi. Ramainya makmum mama. T__T Sabar aje lah~

Alhamdulillah. Semua anak sihat-sihat, baik-baik dan aktif. Walaupun mak dah macam tarzan dan hulk di rumah. T__T

all-