Happy 3yo Amelyz (Belated)

Amelyz dah masuk 3 tahun pada 2 Mei lepas. Tak sempat nak buat post gambar dan ucapan dedikasi di FB. Kesian anak mama.

Assalamualaikum Amelyz.

Selamat hari jadi yang ke 3 tahun. Maafkan mama sebab terlewat update tentang Kakak. Kakak, anak mama tak banyak ragam sangat ni, mama sayang. Sama macam mama sayang abang dan adik juga. Tidak lebih, tidak kurang seinci pun.

Walau Papa cakap, mama manjakan Kakak sangat. Mama akui. Sebab mama rasa sangat-sangat bersalah pada Kakak. Mama tak dapat full breastfeed Kakak. Mama tak dapat peluk Kakak selalu, sejak adik lahir sampailah adik dah pandai berdikari sendiri ni. Mama tak dapat tidurkan Kakak sambil peluk kakak di dada Mama macam Abang dan Adik yang fully breastfeed. Mama tak dapat bagi attention pada Kakak. Sebab perhatian Mama dah terbahagi pada 3 anak Mama yang Mama sayang. Sangat-sangat bersalah Mama ni sayang.

Mama pujuk Kakak dari menangis, sebab kena sakat dengan adik atau abang (atau dengan Papa jugak). Sebab mama nak Kakak rasa selamat dengan Mama. Sebab Mama nak jadi orang pertama Kakak mengadu kelukaan hati Kakak. Bukan dengan orang lain. Sebab Mama nak jadi orang yang Kakak can count on, bergantung harap dengan Mama. Bukan dengan orang lain. Sebab Mama nak Kakak tahu, Mamalah orang yang paling sayangkan Kakak dalam dunia ini.

Setiap doa Mama selepas solat pastinya untuk anak-anak membesar dengan baik, kesihatan yang baik, sentiasa di bawah lindungan Allah.

Semoga Kakak membesar menjadi wanita yang solehah. Amin.

Mama sayang Kakak, sangat banyak! Mwah!

amelyz3y

Advertisements

Entri Tentang Anak

Assalamualaikum wbt. πŸ™‚

Cerita tentang anak-anak Amyz & Azlie nih. >_<

Alam, 5 tahun 5 bulan. Dah masuk tadika PASTI dekat-dekat rumah. Rancang nak masukkan ke sekolah agama integrasi bila naik darjah satu nanti. Sebabnya, 1 – Satu sekolah saja. Tak perlu tukar-tukar baju nak pergi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama. Sebab 2 – Sekarang dah masuk tadika Islam. Teruskan untuk aliran yang sama. Dalam bahasa yang lebih senang, konsisten. Sekarang tengah survey sebab masih ada masa lagi. πŸ˜‰

Amelyz, 2 tahun 6 bulan. Speech delay. But its ok. Sebab dia suka juga bercakap, cuma vocabulary masih kurang. My fault. 😦 Insya Allah ok. Tak payah risau-risau sangat. Yang penting kita usaha. πŸ™‚ Lain-lain, sangat sihat. Kuat makan. Kuat jerit. Kuat menangis. Rajin. Motor skills pun bagus. Suka tolong mama masak kat dapur. Setiap kali aku masak, mesti dia ambil kerusi, berdiri atas kerusi mengadap sinki dan godak-godak air dalam bekas plastik macam tengah memasak. Haha. So cute!

Alim, 1 tahun 5 bulan. Aktif. Sangat. Sekarang asyik nak panjat meja makan dan berjoget di atasnya. Pitam! Dah boleh cakap sikit-sikit. Terutama kalau nak makan atau taknak keluar dari bilik air. -_-‘ haih. Dan suka ajuk mama marah. Haha. T__T Lagi satu, masa solat, semua sejadah nak dibentangkan. Adoi. Ramainya makmum mama. T__T Sabar aje lah~

Alhamdulillah. Semua anak sihat-sihat, baik-baik dan aktif. Walaupun mak dah macam tarzan dan hulk di rumah. T__T

all-