Entri Tentang Anak

Assalamualaikum wbt. 🙂

Cerita tentang anak-anak Amyz & Azlie nih. >_<

Alam, 5 tahun 5 bulan. Dah masuk tadika PASTI dekat-dekat rumah. Rancang nak masukkan ke sekolah agama integrasi bila naik darjah satu nanti. Sebabnya, 1 – Satu sekolah saja. Tak perlu tukar-tukar baju nak pergi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama. Sebab 2 – Sekarang dah masuk tadika Islam. Teruskan untuk aliran yang sama. Dalam bahasa yang lebih senang, konsisten. Sekarang tengah survey sebab masih ada masa lagi. 😉

Amelyz, 2 tahun 6 bulan. Speech delay. But its ok. Sebab dia suka juga bercakap, cuma vocabulary masih kurang. My fault. 😦 Insya Allah ok. Tak payah risau-risau sangat. Yang penting kita usaha. 🙂 Lain-lain, sangat sihat. Kuat makan. Kuat jerit. Kuat menangis. Rajin. Motor skills pun bagus. Suka tolong mama masak kat dapur. Setiap kali aku masak, mesti dia ambil kerusi, berdiri atas kerusi mengadap sinki dan godak-godak air dalam bekas plastik macam tengah memasak. Haha. So cute!

Alim, 1 tahun 5 bulan. Aktif. Sangat. Sekarang asyik nak panjat meja makan dan berjoget di atasnya. Pitam! Dah boleh cakap sikit-sikit. Terutama kalau nak makan atau taknak keluar dari bilik air. -_-‘ haih. Dan suka ajuk mama marah. Haha. T__T Lagi satu, masa solat, semua sejadah nak dibentangkan. Adoi. Ramainya makmum mama. T__T Sabar aje lah~

Alhamdulillah. Semua anak sihat-sihat, baik-baik dan aktif. Walaupun mak dah macam tarzan dan hulk di rumah. T__T

all-

Advertisements

4th Anniversary

Dah 4 tahun kahwin. 🙂

Terima kasih kerana menjaga saya dengan baik sepanjang 4 tahun ini. Namun usia perkahwinan ini baru 4 tahun, sayang. Perjalanan kita masih jauh dan panjang. Doa dan harapan setiap hari. Semoga cinta dan ikatan ini berkekalan abadi. Amin.

 

*Suka gambar ni sebab photog ask to gazed at each others. Rasa malu-malu juga. Tapi, rasa hati sarat dengan cinta. 🙂

With Love

28 November.

Selamat ulangtahun kelahiran suami tersayang.

🙂

Doa untuk kesejahteraan, kebahagiaan untuk kamu dan untuk kita, selamanya. Amin.

You’re my world, my life, my soul, my everything.

xoxo

love you -> ∞

ps : Hadiah kena tunggu bonus ye? Hihi.

 

JB – KL – LGK – KL – JB

Will updating about it soon. Kahkah. Mengada je.

Alhamdulillah, trip to Langkawi went smooth. Tak shopping pun. Beli chocolate untuk family Cheras dan JB. Tak kuasa nak shopping pinggan mangkuk periuk kuali semua tu. Luggage AirAsia bukan murah. Malas nak mengangkut pun satu hal. Tak kuasa gua.

Sementara itu, sehingga hujung minggu ini akan berada di KL.

Baru sampai semalam, petang tu, mak dah minta aku guntingkan rambut dia. Ramai-ramai adik beradik, mak still minta aku gunting rambut dia. 🙂

Nak rileks-rileks dulu. Penat Langkawi masih bersisa.

Cuti Dalam Johor Je..

Ahad. Cuti lama. Rasa macam meronta-ronta juga nak berjalan-jalan makan angin.

Lalu ajak suami pergi mandi-manda di laut. JB dekat dengan laut ape~ Desaru ke, Tg Balau ke~ Tetapi~

Tak adalah merajuk. Diam sambil fikir-fikir, mana tempat nak bawa anak bersuka ria (dengan laut dikecualikan..) Dan aku fikir, sampai “Kalau pergi Melaka ni pun best juga.” Lepas tu ubah fikiran, sebab fikir Melaka mesti penuh dengan pelancong time-time cuti ni.

Malam tu, suami panggil.

Isnin. Selepas pergi open house CNY. Kami bersiap-siap keluar. Guna highway baru E22 – dari Ulu Tiram terus ke Desaru.

Wuhu.. dah nak sampai jambatan

Check in. 2 hari 1 malam. Penginapan termasuk breakfast dan dinner serta waterpark untuk 2pax, bersama kawan suami sekeluarga (kawan suami, isteri dan anak mereka yang berusia 2 tahun.)

Apalagi enjoy lah!

Alam enjoy dalam bathtub

Lama dalam bathtub ni. Tak mahu keluar-keluar. Kepoh sangat mulut dia membebel. Haha. Bila angkat keluar, punyalah dia marah – melenting-lentingkan badan. Sabar je la.

Petang tu, jalan-jalan tepi laut. Tak mandi. Alam takut nak jejakkan kaki dia kat pasir. Geli kot. Hihi.

Lepas makan malam, lepaskan Alam berlari di padang depan coffee house. Amboi suka betul member. Sampai tak cukup tanah berlari. Penat mama papa mengejar. Sempat ambil gambar dengan badut. Surprisingly, Alam tak takut pun. Hehe.

Just another gateway..

Selasa. Lepas breakfast, siap-siap ke waterpark. Mandi la sampai lebam. Ada lazy river – macam water slide juga. Dua kali cuba. Alam sampai tenggelam-tenggelam dalam air. Haha.

Bila tengok Alam dah menggigil-gigil, kami semua naik. Bilas badan di bilik. Alam pula, boleh sambung berendam dalam bathtub. -_-“

Check out pukul 12. Balik. Esok kena kerja. 🙂 Bercuti walaupun sekejab, tapi puas sebab we’re having a very good time there. 🙂 Thanks hubby for everything. 🙂