amyz story, amyz-tulis

Baru 7 Tahun.

Assalamualaikum wbt.

Hari ahad hari tu, tukar gambar profile fb dengan gambar kahwin tahun 2008 – sempena ulangtahun ke 7 perkahwinan pada tarikh 12.12.2015. Terima kasih atas semua ucapan dan doa. Amin ya rabbal a’lamin.

Ada kawan saja cakap, baru 7 tahun? Kitorang dah lebih 10 tahun kahwin. Haha.

Apa nak buat? Jodoh sampai lambat. Haha.

Tak ambik hati pun. Ok je. Baru 7 tahun. Sebab tu kena doa, kena usaha supaya perkongsian ini sentiasa dilindungi, diredhai, dirahmati Allah. Semoga anak-anak kami menjadi khalifah-khalifah Allah yang soleh dan solehah.

Ujian dan dugaan perkahwinan tu bukan tak ada. Ada je tersalah cakap, ada je tergigit lidah, ada je up and down. Biasalah tu. Semua orang tak lari dari ujian dan dugaan. Yang penting, bagaimana kita hadapinya, tanganinya dan selesaikannya. Insya Allah. Doa yang baik-baik. Yang buruk, yang sifat tak baik, negatif, jauh-jauhkan lah.

Nak upload gambar kami berdua, memang tak ada. Nak buat camne, dapat suami camera-shy. Harhar. Adeh deh deh. Sabar aje la~~

Mood berblog masih tak datang-datang. Sedih tau mak! T__T

Saja nak share tips untuk rasa macam tak ada masa nak buat itu ini. Diceduk dari perkongsian group whatsapp dan fb.

Buat to-do list. Listkan apa nak dibuat pada hari tu, malam sebelumnya. Kalau boleh peruntukkan berapa lama untuk sesuatu perkara. Bila kita amalkan, insya Allah – tetiba kita akan rasa ada masa yang lebih untuk kita spend.

Aku dah try praktiskan buat to-do list ni beberapa kali. Lepas tu mesti ada masa terlebih untuk buat perkara lain yang kadang-kadang tak sempat nak buat – contohnya lipat baju. Seronok pula ada masa lipat baju sambil tengok TV. Lalalala.

Try la. Mesti korang rasa perbezaannya. Eceh macam iklan pulak. :-p

Ok till next entry yach. Wassalam.

alam, alim, amelyz, amyz azlie, amyz story, amyz-tulis, anakΒ²

Entri Tentang Anak

Assalamualaikum wbt. πŸ™‚

Cerita tentang anak-anak Amyz & Azlie nih. >_<

Alam, 5 tahun 5 bulan. Dah masuk tadika PASTI dekat-dekat rumah. Rancang nak masukkan ke sekolah agama integrasi bila naik darjah satu nanti. Sebabnya, 1 – Satu sekolah saja. Tak perlu tukar-tukar baju nak pergi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama. Sebab 2 – Sekarang dah masuk tadika Islam. Teruskan untuk aliran yang sama. Dalam bahasa yang lebih senang, konsisten. Sekarang tengah survey sebab masih ada masa lagi. πŸ˜‰

Amelyz, 2 tahun 6 bulan. Speech delay. But its ok. Sebab dia suka juga bercakap, cuma vocabulary masih kurang. My fault. 😦 Insya Allah ok. Tak payah risau-risau sangat. Yang penting kita usaha. πŸ™‚ Lain-lain, sangat sihat. Kuat makan. Kuat jerit. Kuat menangis. Rajin. Motor skills pun bagus. Suka tolong mama masak kat dapur. Setiap kali aku masak, mesti dia ambil kerusi, berdiri atas kerusi mengadap sinki dan godak-godak air dalam bekas plastik macam tengah memasak. Haha. So cute!

Alim, 1 tahun 5 bulan. Aktif. Sangat. Sekarang asyik nak panjat meja makan dan berjoget di atasnya. Pitam! Dah boleh cakap sikit-sikit. Terutama kalau nak makan atau taknak keluar dari bilik air. -_-‘ haih. Dan suka ajuk mama marah. Haha. T__T Lagi satu, masa solat, semua sejadah nak dibentangkan. Adoi. Ramainya makmum mama. T__T Sabar aje lah~

Alhamdulillah. Semua anak sihat-sihat, baik-baik dan aktif. Walaupun mak dah macam tarzan dan hulk di rumah. T__T

all-

amyz story, amyz-tulis

Entri Lama

Dah siap upload entri lama-lama. Tapi sampai entri anniversary yang ke 4 je dapat di-back up T__T Dan masa ni tengah mabuk-mabuk mengandungkan Amelyz. Huhu.

Tak kira. Nak paksa juga Ajid bagi back up sebelum hilang domain dengan hosting! Harap adalah entri lahirkan Alim. T__T

Gambar pun ada yang dapat recover, ada yang tak. Tak apalah. Janji ada.

Tu la dulu dah ada blog tak rajin nak update kan. Bila hilang baru lah nak hargai. Ini lah perangai manusia kan. Kahkah.

Sekarang tengah main-main tukar theme. Bertabah je la kalau esok lusa tukar lain pulak. Buat masa sekarang, hati sedang berbunga-bunga dengan theme romantik ada love-love ni. Mengada betul.

Ok. Semoga esok ada kerajinan nak update blog. Kbai. πŸ˜‰

amyz story, amyz-tulis

Bismillah

Assalamualaikum.

Setelah blog mygj.net/amy2lie hilang domain dan hosting. Hidupku tak tentu arah. Haha. Drama sangat kan? Macam mana la tak rasa ralat. Blog tu dibina masa selepas kahwin kot sebagai buku baru. Back up yang ada dengan aku pun sampai tahun 2012. Time Amelyz lahir, Alim lahir tak ada. Rasa nak menangis. T__T

Macam nak sambung kat blogspot – amyz yang lama tu. Tapi macam dah tak ada mood. Set up sajalah wordpress yang percuma ni. Ok je kot.

Jap nak try import amy2lie yang ku pernah back up dulu. Try tengok macam mana. Ok ke tak.

Anyway, semoga bersemangat untuk update selalu. πŸ˜‰

Ada ke yang nak baca? Tak pe kot. Tulis untuk diri sendiri. πŸ™‚

amyz azlie, amyz story

4th Anniversary

Dah 4 tahun kahwin. πŸ™‚

Terima kasih kerana menjaga saya dengan baik sepanjang 4 tahun ini. Namun usia perkahwinan ini baru 4 tahun, sayang. Perjalanan kita masih jauh dan panjang. Doa dan harapan setiap hari. Semoga cinta dan ikatan ini berkekalan abadi. Amin.

 

*Suka gambar ni sebab photog ask to gazed at each others. Rasa malu-malu juga. Tapi, rasa hati sarat dengan cinta. πŸ™‚