Dia Nampak Normal Je?

Memang betul. Alamkhir tiada kecacatan fizikal. Kalau syndrome down tu kita boleh nampak fizikal dia macam mana. Autism spectrum pun nampak juga dari segi behavior dia memang berbeza dari anak-anak normal (tapi kalau orang yang tidak berpengetahuan tu, memang dia ingat budak-budak autism ni adalah anak-anak yang manja teruk kuat mengamuk- jika nampak budak tantrum di pasaraya misalnya)

Bagi anak-anak yang ADHD, mereka memang seperti anak-anak normal. Most of them memang boleh bercakap, boleh bermain, boleh buat itu ini. Tapi, kebolehan macam dibatasi oleh sebab saraf otak yang tak berhenti memproses. Dan setiap anak-anak ADHD adalah berbeza dangan ADHD-er yang lain. Simptom ada yang sama, tapi each of of them selalunya berbeza. Ada perlukan ubat penenang, ada yang tidak perlu, tapi perlu distract dia dari lamunan siang harinya itu.

Tapi yang paling bagus sekali, imaginari mereka sangat besar, jika tahu cara mengemudikannya, kreativiti dia tu boleh create macam-macam. Kena guide sebab otaknya ada beberapa idea pada waktu yang sama, menyebabkan sukar dia jot it down. Kena guide dia how to focus bagaimana nak salurkan idea-idea nya one by one.

Puan Perema, Alamkhir current occupational therapist’s, bila dia tengok Alamkhir melukis saja dia terus beritahu, Alamkhir ini creative, tapi dia perlukan guide macam mana dia nak keluarkan idea-idea dia.

Dia boleh jadi arkitek, beritahu Puan Perema pada aku dengan mata yang bersinar. Terus sebak dada aku~

Simptom ADHD pada Alam

ADHD ada tiga jenis. Inattentive type, hyperactive-impulsive type dan combination type. Alam tak hyperactive, tapi memang tak boleh duduk diam-diam, dia punya both symptom but more on type two ADHD. Dulu-dulu sebelum guna type one or two or both, type two dikenali sebagai ADD.

Sebelum masuk sekolah sekitar umur 1 hingga 4 tahun, aku tak dapat mengesan pun ADHD pada Alam. Tetapi kepelikan tentang sikapnya yang agak ketara seperti:

  1. Terlalu memilih makanan – ia berkaitan dengan deria sentuhan Alam. Mudah merasa geli. Juga dia tidak suka memijak bahagian luar rumah sama ada lantai atau berumput tanpa kasut. Maka terjengket-jengketlah kaki dia semasa kami bawa dia ke pantai. Last-last kena dukung je.
  2. Tidak sabar. Kalau jalan jammed, kereta berhenti dia akan menangis/tantrum
  3. Tak sabar tunggu giliran. Masa bawa dia ke Legoland tunggu turn naik keretapi. Dia mengamuk sebab tak boleh naik lagi, walhal keretapi dah sampai. Tapi turn kami belum sampai lagi untuk naik train. -_-‘ aku rasa nak bawak balik je masa tu. T_T
  4. Suka benda berpusing. Main roda kereta pusing-pusing. Kipas semua kena on, kalau tak dia tantrum. (Ciri-ciri autism di sini)
  5. Tak suka bunyi yang bising. Dia akan rasa annoy sangat dengan bunyi blander, vacuum, hujan, radio, dan bila adik-adik dia mengetuk-ketuk meja guna hammer toy atau goncang batu-batu kecil dalam botol. (Ciri-ciri autism di sini)
  6. Cepat mengamuk. Kalau tak dapat sesuatu senang mengamuk. Ingatkan dulu dia manja sangat, tapi memang masalah ADHDer begitu. Sebab tak sabar dia. Selalunya pujuk tak jalan. Jadi aku biar saja dia mengamuk. Bila dia dah tenang sedikit, baru aku explain kenapa tak boleh, dan ganti dengan benda lain. Baru dia ok.
  7. Tak selesa di rumah orang lain. Kadang-kadang mengamuk di rumah orang (Ingat masa datang rumah Nett ramai-ramai ada Daun, OP & Mulan, Spyz dan lagi aku lupa, yang Alam mengamuk tak boleh letak. Haduuu malu aku!!). Atau duduk bersembunyi di tempat yang tersorok (macam pergi beraya rumah makcik). Tu sebab aku macam malas nak bawa anak-anak pergi ke rumah orang. Bukan semua orang boleh faham. Jadi untuk mengelakkan diri dari penat memujuk tantrum dia, baiklah aku duduk senang-senang di rumah saja. -_-

Ada lagi tapi dah lupa. Apabila tiba tahun pra-sekolah, 5 tahun aku masukkan Alam ke Pasti. Tapi aduan-aduan dari cikgu. Kemudian dia masih belum dapat menguasai penulisan, bacaan. Aku ingatkan mungkin perlu pendekatan lain. 6 tahun, aku enroll Alam ke Tadika Myzara sebab Pengasas tadika ini juga merupakan pengasas teknik baca cepat. Alhamdulillah 4 bulan masuk kelas insentif, Alam boleh baca. Tapi sangat perlahan progressnya.

1 tahun di Pasti, 1 tahun di Myzara. Cikgu-cikgu beritahu aku akan keistimewaan Alam.

“Puan, Alam tak boleh duduk diam dalam kelas.”

“Puan, Alam duduk bawah meja sepanjang saya mengajar.”

“Dia tak boleh beri perhatian. Fokusnya hanya bertahan 5 minit.”

“Dia ada di dunia dia sendiri, puan.”

Allah, bagaimana aku nak bantu dia? Aku tak tahu masa tu. Yang aku tahu paksa dan terus paksa dia belajar. Kadang dia sampai menangis sambil menulis. 😥 kejam gila mama ni. T_T

Sehinggalah pada minggu pertama persekolahan bermula. Alam masuk darjah 1. Sekolah baru, kawan-kawan baru. Ramai murid-murid. Hari pertama dia dah tunjuk rasa gelisah, tak selesa dan insecure.

Hari pertama, dia dah menangis di dalam kelas sekuat-kuatnya dan menendang sana sini. Hanya selepas melihat aku baru dia diam dan duduk baik seolah-olah tiada apa-apa yang terjadi sebelum ni. Aku duduk tepi kelas sehingga waktu rehat. Dan kemudian, Azlie ambil alih untuk tengokkan dia.
Trigger  : insecure. Berada dalam tempat yang tidak dikenali.

Hari kedua. Cikgu beritahu dia mengamuk bila cikgu pegang bahu dia untuk betulkan kedudukan dia dalam barisan.
Trigger : tidak suka disentuh oleh orang yang tidak dikenali.

Hari kedua. Cakar dan gigit cikgu.
Trigger : tidak suka disentuh oleh orang yang tidak dikenali.

Hari keempat. Mengamuk sehingga mencakar 5 orang kawan-kawan. Gigit cikgu. Sampai perlu ditenangkan oleh ramai cikgu.
Trigger : Botol air disorokkan oleh murid lain. His comfort thing. Orang lain tak boleh sentuh, pegang barang-barang kesayangan dia. Apabila orang lain ambil/sorokkan, tu yang dia mengamuk. 😦

~ Dan yang menyayukan hati aku pada hari itu aku balik menjemputnya pulang dari sekolah, ternampak bekas tangan di belakang badan Alam. Menangis aku tengok bekas itu. Ada gambar tapi malas pulak nak paparkan di sini. Cukuplah hati aku dan keluarga aku saja yang sakit. Kami dah bersemuka dengan pihak sekolah, guru tersebut mengaku dan meminta maaf. Kamipun dah terima baik maaf tersebut.

Sejak kejadian itu, aku mula kumpul semua info dari website, aku google semua symptom, aku tanya cikgu pra-sekolah Alam. Then baru aku berani bawa Alam untuk diagnosis. Minta surat dari cikgu sekolah untuk berjumpa doktor, minta doktor buat surat rujukan ke Klinik Psikitrik Kanak-Kanak dan Remaja, Hospital Permai.

Banyak lagi kes-kes dia mengamuk di sekolah sebab rasa insecure dengan persekitaran sekolah, sampaikan apabila telefon aku terima mesej dari cikgu, aku dah rasa trauma. T_T

Pergi Pakar Kanak-Kanak Swasta, beliau beritahu Alam ok. Cuma tak sesuai dalam suasana pembelajaran yang muridnya ramai. Tapi sekolah rendah kerajaan manalah ada kelas yang sedikit murid, kecuali kelas khas? -_-

Selepas disahkan diagnosisnya, antara perkara yang kami perlu buat dan bantu Alam ialah terapi cara kerja. Doktor juga beri rujukan ke audio dan speech untuk periksa sekiranya dia ada masalah pendengaran dan pertuturan (sebab dia tak jawab pun soalan doktor, jadi doktor ingat dia ada masalah pendengaran dan pertuturan. Alhamdulillah, dia ok.

Sedihnya lihat anak terpaksa struggle hadapi perkara yang tidak dia minta.

Aku tidaklah rasa down sepanjang masa. Most of the time bila tak ada kerja, aku akan google terapi-terapi untuk Alam dan aktiviti-aktiviti untuk anak-anak aku. Juga tak berapa gemar nak share perkara tentang anak-anak di media sosial. Tapi sebab bulan Oktober merupakan Bulan Kesedaran ADHD, maka aku kira ianya masa yang baik aku cerita tentang ADHD dan Alam.

 

Tentang Alam ini, bukanlah membuka pekung di dada, adalah sebagai ujian dan pengajaran pada aku. Juga ingatan pada ibu-bapa lain. Apabila ada anak-anak yang sukar belajar atau ada simptom ADHD, bawalah berjumpa doktor untuk dapatkan diagnosis dengan tepat, bukanlah bertanya di media sosial. Eh.

Next entri, aku cerita tentang aktviti-aktiviti terapi untuk Alam. Insya Allah. 🙂

Advertisements

Happy 3yo Amelyz (Belated)

Amelyz dah masuk 3 tahun pada 2 Mei lepas. Tak sempat nak buat post gambar dan ucapan dedikasi di FB. Kesian anak mama.

Assalamualaikum Amelyz.

Selamat hari jadi yang ke 3 tahun. Maafkan mama sebab terlewat update tentang Kakak. Kakak, anak mama tak banyak ragam sangat ni, mama sayang. Sama macam mama sayang abang dan adik juga. Tidak lebih, tidak kurang seinci pun.

Walau Papa cakap, mama manjakan Kakak sangat. Mama akui. Sebab mama rasa sangat-sangat bersalah pada Kakak. Mama tak dapat full breastfeed Kakak. Mama tak dapat peluk Kakak selalu, sejak adik lahir sampailah adik dah pandai berdikari sendiri ni. Mama tak dapat tidurkan Kakak sambil peluk kakak di dada Mama macam Abang dan Adik yang fully breastfeed. Mama tak dapat bagi attention pada Kakak. Sebab perhatian Mama dah terbahagi pada 3 anak Mama yang Mama sayang. Sangat-sangat bersalah Mama ni sayang.

Mama pujuk Kakak dari menangis, sebab kena sakat dengan adik atau abang (atau dengan Papa jugak). Sebab mama nak Kakak rasa selamat dengan Mama. Sebab Mama nak jadi orang pertama Kakak mengadu kelukaan hati Kakak. Bukan dengan orang lain. Sebab Mama nak jadi orang yang Kakak can count on, bergantung harap dengan Mama. Bukan dengan orang lain. Sebab Mama nak Kakak tahu, Mamalah orang yang paling sayangkan Kakak dalam dunia ini.

Setiap doa Mama selepas solat pastinya untuk anak-anak membesar dengan baik, kesihatan yang baik, sentiasa di bawah lindungan Allah.

Semoga Kakak membesar menjadi wanita yang solehah. Amin.

Mama sayang Kakak, sangat banyak! Mwah!

amelyz3y

Mulanya Di Sini

Assalamualaikum wbt.

Tukar theme lagi. Tapi updatenya tidak juga. Haha. Ampeh kan? Sabar je lah.

Sepanjang tahun 2016 ni, Alhamdulillah semuanya baik-baik saja. Cuma sejak entri terakhir tahun lepas tu, aku ditimpa sakit sedikit. Tak banyak. Sikit je. Cuma tak biasa kena sakit yang sampai tak boleh bangun, memang huru-hara life sekejab. Azlie kerja malam. Aku pula, selalu datang sakit tu malam-malam. Jadi anak-anak terbiar. Kasihan sangat kat anak-anak. Alam, Alhamdulillah sangat faham. Adik-adik dia pun sampai tahu, mama sakit. Kesian sangat kat anak-anak. T__T

Dah operate Januari lepas untuk buang hempedu yang ada batu-batu sebesar biji manjakani 5-6 ketul. Lepas tu dah ok dah. Tak ada sakit berguling-guling setiap malam. Dah sihat. Alhamdulillah. Cuma kena pantang makan sikitlah. Tak boleh makan berminyak berlemak sangat. Santan pun boleh ambil – kuantiti sedikit. Ok la kan. Boleh la turun sket berat badan ni. -_-‘

Nak mula balik berblog. Tapi, nak memulakan balik perkara yang dah lama ditinggalkan tu, Allahu akhbar memang menguji keimanan. Semoga Allah ampunkan.

Banyak perkara sedang belajar, sedang istiqomah. Semoga Allah kukuhkan iman kita.

Nanti sambung semula. Tapi nak share satu surah yang sangat-sangat menyentuh hati semasa aku baca sekali terjemahannya.

Al Insyirah. Ayat pertamanya, Alam nasyroh.

Terjemahanya;

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) –
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Terus terbayangkan usaha Rasulullah saw berusaha nak sebarkan Islam. Kena caci maki, kena baling batu dan sebagainya. Sebak sungguh aku. Akhir surah itu aku sampai menangis, sebab susah yang kita hadapi sekarang ini, sezarahpun tak setanding susahnya Rasulullah. Bagaimana nak jadi hamba yang Allah sayang? T__T

Semoga dikukuhkan keimanan kita semua. Amin.

Nanti, sambung lagi. 🙂

Tak Putih Tak Apa

Assalamualaikum wbt.

Baru sekejab tadi dengar iklan di radio – biasala dalam office ni – radio memang on. Dengar sajalah. Walaupun kejab-kejab lagi kang lagu yang sama keluar. T__T duh!

Amboi mukadimah.

Dengar iklan tadi. Terus beristifar banyak-banyak. Mudah-mudahan kita semua diampunkan dari dosa. Sebab, dalam 10 minit iklan (biasalah semua radio di Msia ni mana ada lagu sangat. Iklan je banyak. Duh!) – most of it, I say, most of it adalah iklan memutihkan kulit. Eh, eh putehnya engkauuuu, apakah rahsianya? Rasa nak mencarut jugak ni. Aduh. Tapi dari mencarut, baiklah beristifar banyak-banyak.

Adik-adik semua – jangan sekali-sekali letak dalam fikiran bahawa bila kulit putih menjadikan kita cantik, jelita disukai ramai. Bila kulit gelap tak nak terima hakikat. Sedangkan itu Allah dah beri pada kita. Dan kenapalah kita, sebagai ibu bapa, saudara mara, masyarat – sering tekankan sering beritahu sering menyindir – bila anak tak putih sebagai tidak lawa? Semoga Allah ampunkan semua dosa-dosa kita.

Kasihan anak-anak kita ni. Dari kecil lagi kita set kan fikiran dia tentang kulit dia. Bukan kita nak terima 10001 kelebihan dia yang lain. Bukan kita nak asuh/didik dia jadi orang yang lebih baik, khalifah Allah yang soleh dan solehah. Kulit putih jugakkkkkkk yang kita dok bising-bising. Astaghfirullah hal azim.

Alim, anak ketiga aku ni – memang dark-skin. Pernah lalu di telinga aku, Alim tak hensem. Sebab Alam dan Amelyz putih, dia gelap sikit. Hahaha. Masya Allah. Dalam hati, aku hanya gelak. Ingat aku ni putih sangat ke nak dapat anak yang putih melepak? Sedar diri. Hahaha. Lagi satu, dark skin ni macho kot? Tak apa lah. Kulit saja. Bukan isi dalaman yang kita, as parents bentuk, lukis anak kita yang masih kain putih ini untuk menjadi anak yang baik, anak yang soleh, anak yang menjadi sebut-sebutan malaikat, anak yang bakal menarik tangan kita yang banyak dosa ini untuk masuk syurga. Insya Allah. Doa. Doa yang baik-baik saja.

Tolong. Hentikan semua penipuan ini. Putih kulit bukan bermaksud cantik jelita. Yang penting hati. Yang penting budi. Yang penting berakhlak tinggi. Cantikkan semua itu – insya Allah – luaran pun menyerlah cantik. Sekarang tak putih pun tak apa. Orang tak nak kawan awak sebab tak putih tak apa. Awak disayangi Allah lebih baik dari disanjung-sanjung orang.

Ok adik-adik? 🙂

Wassalam.

Baru 7 Tahun.

Assalamualaikum wbt.

Hari ahad hari tu, tukar gambar profile fb dengan gambar kahwin tahun 2008 – sempena ulangtahun ke 7 perkahwinan pada tarikh 12.12.2015. Terima kasih atas semua ucapan dan doa. Amin ya rabbal a’lamin.

Ada kawan saja cakap, baru 7 tahun? Kitorang dah lebih 10 tahun kahwin. Haha.

Apa nak buat? Jodoh sampai lambat. Haha.

Tak ambik hati pun. Ok je. Baru 7 tahun. Sebab tu kena doa, kena usaha supaya perkongsian ini sentiasa dilindungi, diredhai, dirahmati Allah. Semoga anak-anak kami menjadi khalifah-khalifah Allah yang soleh dan solehah.

Ujian dan dugaan perkahwinan tu bukan tak ada. Ada je tersalah cakap, ada je tergigit lidah, ada je up and down. Biasalah tu. Semua orang tak lari dari ujian dan dugaan. Yang penting, bagaimana kita hadapinya, tanganinya dan selesaikannya. Insya Allah. Doa yang baik-baik. Yang buruk, yang sifat tak baik, negatif, jauh-jauhkan lah.

Nak upload gambar kami berdua, memang tak ada. Nak buat camne, dapat suami camera-shy. Harhar. Adeh deh deh. Sabar aje la~~

Mood berblog masih tak datang-datang. Sedih tau mak! T__T

Saja nak share tips untuk rasa macam tak ada masa nak buat itu ini. Diceduk dari perkongsian group whatsapp dan fb.

Buat to-do list. Listkan apa nak dibuat pada hari tu, malam sebelumnya. Kalau boleh peruntukkan berapa lama untuk sesuatu perkara. Bila kita amalkan, insya Allah – tetiba kita akan rasa ada masa yang lebih untuk kita spend.

Aku dah try praktiskan buat to-do list ni beberapa kali. Lepas tu mesti ada masa terlebih untuk buat perkara lain yang kadang-kadang tak sempat nak buat – contohnya lipat baju. Seronok pula ada masa lipat baju sambil tengok TV. Lalalala.

Try la. Mesti korang rasa perbezaannya. Eceh macam iklan pulak. :-p

Ok till next entry yach. Wassalam.