Komen, Toncet

Bila blog ada entry baru, terus update di status twitter – secara auto. Lalu kawan-kawan (dan follower, cewahhh!) pun baca.

Dan komen.

Ya. Di twitter.

Bukan di blog.

Keh keh keh.

Ini komen dari entry main-main. Β Lain-lain entry pun ada. Lupa je nak screen capture. Haha.

Comel la kawan-kawan aku ni.

Hihihi.

.

.

Oleh sebab aku punya kawan-kawan yang comel. Aku nak hadiahkan gambar comel pada semua.

.

Tadaaa…

.

Alam pakai toncet..

Teruk mama berlaku kejam pada anak. Anak pun pasrah je. Haha. Kasihan.

Takadalah. Rambut Alam ni, yang panjang part tengah je. Part tepi semua belum lebat lagi. Lepas tu berpeluh-peluh bila main. Kasihan sungguh. Tapi saja je ikat rambut atas tu. Tak adalah aku nak ikat selalu pun. Haha.

Saja je nak dera anak sendiri. Haha.

Advertisements

Entri Untuk De5lin

Sorry Sya, tak jumpa gambar dengan awak!! T_T (Klang, 2007)

Lin. Selain dari Awin dan Sya, awak la antara adik akak yang baik. I adore you.

Masa akak tulis entri ni, akak ingat balik minggu-minggu kita hang out sama-sama dengan Awin. Tak pun lepak kat OldTown berjam-jam semata-mata nak berborak dan melayan segala ke-confuse-an si Awin. Haha. Awin, walaupun confuse, I still love you. Haha.

Ingat lagi korang bagi beruang besar nama Bobo atau nickname dia Chewawa – masa akak nak sambung belajar. Sebetulnya. Akak sangat-sangat terharu. Haha. Three of you. So sweet. Love you for that!

Tapi itu bukan sebab akak tulis entri ni.

πŸ™‚

This Saturday. Your big day. Tahniah akak dan Tajul ucapkan. Seriously. I’m so happy for you. So happy. Se-happy masa sambutan birthday Lin dulu di The Marche, The Curve. You look so happy. I’m so happy to see your cheer face. Tapi lebih happy dari itu. Untuk yang ini. Your big day.

Sayang, seribu kali sayang. Sedihnya hati. Beribu rasa sedih dan bersalah. Ampun maaf akak pinta. Kerana tak dapat hadir di hari penuh gemilang itu. Bersama berkongsi rasa gembira.

😦

Namun, dari wilayah Selatan ini, akak doakan segala kebahagian di dunia ini, untuk Lin dan Aie. Semoga sentiasa mendapat keberkatan, restu dan rahmat dari Yang Esa. Semoga sampai ke syurga.

Maafkanla. Maafkanla. T_T

Khabar-Khabar Gumbira..

Gembira sangat bila dengar khabar terbaru kawan-kawan baik ni. πŸ™‚ Seronok sangat. Jadi, kesempatan ini, nak ucapkan tahniah kepada Cik Puan Daun dan Puan Effa yang kini sedang pregnant! Wuhuu!! Tahniah sangat-sangat! Seronoknya…! Teringat masa pregnant last year. Seronok. Walaupun mabuk-mabuk sampai 9 bulan. Huhu. T_T

Bila aku bagitau Azlie, Daun dan Effa pregnant. Azlie tanya mama tak mahu pregnant lagi ke? Hohoho.. Bukan tak nak. Tapi nanti dulu la. Nak sangat pregnant (Ewahhh!) Haha. Tunggu dulu la. Entah. Tak ready lagi sebenarnya. Lagipun sekarang masih trauma dengan mabuk-mabuk dan sakit masa bersalin. Hahaha. Sungguh keji alasan tersebut. Haha.

Semoga Daun dan Effa serta baby yang comel tu berada dalam keadaan yang selamat dan dilindungi selalu. Yeay! Happy sangat for you both! Muahss!! πŸ˜‰

Yang paling istimewa, tahniah kepada Ika yang akan melansungkan perkahwinan next month. Err.. Actually, tak sampai sebulan dah lagipun. Tinggal lagi 2 minggu. Wuhuuu!! Dah dapat kad jemputan yang sangat simple. Se-simple orangnya~ Gembira sangat. Sungguh excited bila Ika email gambar cincin tunang. Sebenarnya, tak sangka dia akan berkahwin dalam masa yang terdekat dan sangat cepat. But, siapalah kita nak pertikaikan takdir Yang Maha Kuasa.

Like she said in this entry, when it feels right, everything will be alright. πŸ™‚ But still, aku excited, dan happy sangat for her. She deserve a good man (and patient. Haha. Kidding!) to be her soul mate for the rest of the life. πŸ™‚

Insya Allah, aku dan Azlie akan hadir sambil mendukung si Alam di hari bahagia itu nanti. Ewah!

Tahniah kawan-kawan. Sungguh gembira dengan kebahagian kamu semua. Semoga bahagia selalu. Muahs!

Cuti Lama

Bila cuti lama, blog pun lama la tak update. Tak pergi jauh pun. Bukan ke luar negara macam Darwina (nada jeles.. Haha~ Gurau saja. ). Kami – aku, Azlie dan Alam bercuti di Kota Kinabalu, bersama 2 family lain lagiΒ  (kawan-kawan Azlie) serta Cik Teh (adik aku). 5 hari di sana dari 19hb sehingga 23hb. Fuh. Puas juga tour KK. Kalau banyak masa, memang nak pergi sampai ke Mabul. Ewah~ Mungkin lain masa dan tunggu Alam besar sikit. Barulah best nak snorkeling dan berendam kat laut lama-lama. πŸ˜‰

Ni budak yang first time naik kapal terbang. Eh. First time ke? Masa dalam perut dulu ada gak 2-3 kali naik kapal terbang. Haha. Mana kira kalau dalam perut. Masa pregnant dulu naik kapal terbang, adoiyai budak ni punya menendang. Senak-senak perut aku. Haha.

Nak cerita masa kat KK macam panjang sangat pula. Tau-tau la aku ni kalau karang entri bercerita, berjela-jela. Pening pula orang nak baca. Haha. Eh, sekarang ni bukan trend tulis entri pendek-pendek ke? Satu perenggan, satu baris. Haha. No. No. Aku tak sekeji itu. Terasa ke Kak Nett? Haha. :-p

Disebabkan anak kawan Azlie yang tak berapa sihat, jadi kami pun tak dapat nak pergi jauh-jauh sangat. Yang penting dapat pergi Kinabalu Park dan Poring Hot Spring. Memang terbaiklah! Kalau dapat tidur semalam kat sana lagi best. πŸ™‚

Ni masa di Kinabalu Park. Sepanjang kat sana, aku bawa ring sling ni untuk mendukung Alam. Kalau stroller boleh disewa, memang letak dalam stroller sajalah budak ni. Hu.. Siapa larat nak mendukung budak? Itu pun bertukar-tukar dukung dia dengan Azlie. Tak larat makcik. At least, adanya ring-sling ni bolehlah membantu aku dukung dia dengan mudah. Bagus kan? Hihi.

Alhamdulillah, sepanjang masa kat sana, Alam sangat baik. Tak mengaruk sangat – kecuali masa nak tidur malam. Kami menginap di sebuah homestay dekat area Hospital Queen Elizabeth yang dekat dengan bandar. Senang makcik-makcik nak ber-shopping. Aku tak ada nak shopping sangat sebab niat utama nak pergi berjalan. Kalau shopping, kat mana-mana, kat internet sekali pun boleh shopping. Adalah juga beli fridge magnet untuk kawan-kawan office sebab diorang tau aku nak bercuti kat KK. Kalau tak bagi, tak sedap pula kan? πŸ˜‰

Lain tempat kami pergi seperti Tanjung Aru, Lok Kawi dan Green Connection. Semua tempat tu best. Cuma terkilanΒ  juga tak dapat pergi Pulau Manukan kerana cuaca tidak mengizinkan. Sedih sikit. Sebab memang aku nak sangat pergi situ. Huhu. T_T Lain kali sajalah.

Ni masa kat Lok Kawi. Sangat best! Alam sangat suka tengok semua haiwan kat situ, walaupun dia macam tak mengerti lagi. Sebenarnya dia belajar juga tu. Setiap haiwan yang aku tunjuk, dia perhati penuh minat. Seronok aku bila tengok Alam enjoy kat situ.

Masa di Green Connection lagi best. Macam Underwater World Langkawi juga. Cuma versi kecil. Hihi. Aku seronok sangat bila Alam tengok ikan-ikan berenang, penyu dengan penuh minat. Dia perhati sungguh-sungguh. Tak berkelip mata. Kagum pula aku tengok. Aku try beri dia pegang ular~ Selamba je muka dia. Ala. Budak tu kecik lagi, tak pandai lagi. Kalau dia besar sikit, mesti dia menjerit kalau ada ular depan mata. Haha.

Anyway, paling penting – kami semua berseronok dan bercuti dengan bestnya. πŸ˜‰

Haih. Penat juga pergi bercuti ni tau. πŸ™‚

Promo : Jet & Jonah Oleh Ika Madera

Kawan saya, Ika Madera atau kalian ada lihat komen-komen dia dalam blog ini dengan menggunakan nama Nonah, berjaya melahirkan buku pertamanya. Owhh. Saya sangat bangga dengan beliau. Saya dah baca edisi draf sebelum editing. Tentang Jet dan Jonah. Tentang persahabatan, tentang cinta, tentang keluarga. Manis. Sangat manis.

Terbitan Jemari Seni Publishing. Sedikit sebanyak tentang buku ada di sini. Sila klik. Boleh beli secara online juga di portal tersebut. πŸ˜‰ Buku tersebut sudah berada dalam talian untuk ditempah sejak semalam lagi.

Kalau nak order secara terus dengan beliau dan mendapat tandatangan secara percuma (Ya. Tandatangan saja percuma. Haha), sila email pada ika.madera [at] gmail.com dengan harga RM19.00. Tambah RM4 untuk pos ekspres.

Tahniah kepada Ika atas kelahiran sebuah novel pertama ini. Semoga beliau dapat terus menulis dan melahirkan novel selepas Jet & Jonah. πŸ™‚ All the best, and keep up the good work. I’m so proud of you. πŸ™‚

Saya ada juga hati nak menulis. Tajuk buku saya nak tulis dulu, Oh Stilitoes tahun 2007. Sangkut kat bab 1 tak sudah-sudah. Harhar.