Mulanya Di Sini

Assalamualaikum wbt.

Tukar theme lagi. Tapi updatenya tidak juga. Haha. Ampeh kan? Sabar je lah.

Sepanjang tahun 2016 ni, Alhamdulillah semuanya baik-baik saja. Cuma sejak entri terakhir tahun lepas tu, aku ditimpa sakit sedikit. Tak banyak. Sikit je. Cuma tak biasa kena sakit yang sampai tak boleh bangun, memang huru-hara life sekejab. Azlie kerja malam. Aku pula, selalu datang sakit tu malam-malam. Jadi anak-anak terbiar. Kasihan sangat kat anak-anak. Alam, Alhamdulillah sangat faham. Adik-adik dia pun sampai tahu, mama sakit. Kesian sangat kat anak-anak. T__T

Dah operate Januari lepas untuk buang hempedu yang ada batu-batu sebesar biji manjakani 5-6 ketul. Lepas tu dah ok dah. Tak ada sakit berguling-guling setiap malam. Dah sihat. Alhamdulillah. Cuma kena pantang makan sikitlah. Tak boleh makan berminyak berlemak sangat. Santan pun boleh ambil – kuantiti sedikit. Ok la kan. Boleh la turun sket berat badan ni. -_-‘

Nak mula balik berblog. Tapi, nak memulakan balik perkara yang dah lama ditinggalkan tu, Allahu akhbar memang menguji keimanan. Semoga Allah ampunkan.

Banyak perkara sedang belajar, sedang istiqomah. Semoga Allah kukuhkan iman kita.

Nanti sambung semula. Tapi nak share satu surah yang sangat-sangat menyentuh hati semasa aku baca sekali terjemahannya.

Al Insyirah. Ayat pertamanya, Alam nasyroh.

Terjemahanya;

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) –
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Terus terbayangkan usaha Rasulullah saw berusaha nak sebarkan Islam. Kena caci maki, kena baling batu dan sebagainya. Sebak sungguh aku. Akhir surah itu aku sampai menangis, sebab susah yang kita hadapi sekarang ini, sezarahpun tak setanding susahnya Rasulullah. Bagaimana nak jadi hamba yang Allah sayang? T__T

Semoga dikukuhkan keimanan kita semua. Amin.

Nanti, sambung lagi. 🙂

Tak Putih Tak Apa

Assalamualaikum wbt.

Baru sekejab tadi dengar iklan di radio – biasala dalam office ni – radio memang on. Dengar sajalah. Walaupun kejab-kejab lagi kang lagu yang sama keluar. T__T duh!

Amboi mukadimah.

Dengar iklan tadi. Terus beristifar banyak-banyak. Mudah-mudahan kita semua diampunkan dari dosa. Sebab, dalam 10 minit iklan (biasalah semua radio di Msia ni mana ada lagu sangat. Iklan je banyak. Duh!) – most of it, I say, most of it adalah iklan memutihkan kulit. Eh, eh putehnya engkauuuu, apakah rahsianya? Rasa nak mencarut jugak ni. Aduh. Tapi dari mencarut, baiklah beristifar banyak-banyak.

Adik-adik semua – jangan sekali-sekali letak dalam fikiran bahawa bila kulit putih menjadikan kita cantik, jelita disukai ramai. Bila kulit gelap tak nak terima hakikat. Sedangkan itu Allah dah beri pada kita. Dan kenapalah kita, sebagai ibu bapa, saudara mara, masyarat – sering tekankan sering beritahu sering menyindir – bila anak tak putih sebagai tidak lawa? Semoga Allah ampunkan semua dosa-dosa kita.

Kasihan anak-anak kita ni. Dari kecil lagi kita set kan fikiran dia tentang kulit dia. Bukan kita nak terima 10001 kelebihan dia yang lain. Bukan kita nak asuh/didik dia jadi orang yang lebih baik, khalifah Allah yang soleh dan solehah. Kulit putih jugakkkkkkk yang kita dok bising-bising. Astaghfirullah hal azim.

Alim, anak ketiga aku ni – memang dark-skin. Pernah lalu di telinga aku, Alim tak hensem. Sebab Alam dan Amelyz putih, dia gelap sikit. Hahaha. Masya Allah. Dalam hati, aku hanya gelak. Ingat aku ni putih sangat ke nak dapat anak yang putih melepak? Sedar diri. Hahaha. Lagi satu, dark skin ni macho kot? Tak apa lah. Kulit saja. Bukan isi dalaman yang kita, as parents bentuk, lukis anak kita yang masih kain putih ini untuk menjadi anak yang baik, anak yang soleh, anak yang menjadi sebut-sebutan malaikat, anak yang bakal menarik tangan kita yang banyak dosa ini untuk masuk syurga. Insya Allah. Doa. Doa yang baik-baik saja.

Tolong. Hentikan semua penipuan ini. Putih kulit bukan bermaksud cantik jelita. Yang penting hati. Yang penting budi. Yang penting berakhlak tinggi. Cantikkan semua itu – insya Allah – luaran pun menyerlah cantik. Sekarang tak putih pun tak apa. Orang tak nak kawan awak sebab tak putih tak apa. Awak disayangi Allah lebih baik dari disanjung-sanjung orang.

Ok adik-adik? 🙂

Wassalam.

Begini Pula Jadinya

Mula-mula, baca entri ini dahulu.

Kemudian, lihat gambar di bawah:

.

Sekarang apa dah jadi? Tak sampai dua bulan rasanya. Haih. Nak cakap macam mana? Vandalism sudah bertapak di jiwa kanak-kanak lagi? Adakah ini bermakna rakyat Malaysia ni memang tak tahu menghargai barang/kemudahan percuma?

Indoor playground ni untuk kanak-kanak bawah 12 tahun dan tiada bayaran dikenakan. Tiada orang yang mengawalselia kecuali pengawal keselamatan yang berada di kaunter keselamatan – yang sekali-sekali memantau keadaan di situ.

Tak tahu la nak salahkan siapa.

*sigh*

Nota lain: Ada sekali aku lihat di playground tersebut pada waktu bukan melawat, ada penjaga yang meneman anaknya bermain di situ. Yang kurang menyenangkan mata aku, bila melihat penjaga itu, lelaki, duduk di bangku yang khusus untuk budak-budak. Di lain ketika pula, aku lihat mak bapak nenek semua duduk dalam tu sementara tunggu waktu melawat, sambil makan-mana. Ya Tuhan. There is clear instruction there, tempat itu untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun.

Entah apa nak aku cakap, aku pun tak tahu.

Yang aku tahu. Aku kesal. Cukup kesal.

*sigh*

Derma EBM

*EBM -> Expressed Breast Milk atau susu ibu yang telah diperah/pam.

Maaf. Satu lagi entri tentang breastfeed, tentang anak, tentang diary mama. Haha. I’m now another typical mommy-blogger. But I’m ok with that. 🙂

Berikutan insiden yang berlaku pada kawan saya, Puan Ahsuez, di mana sebanyak 105 oz EBM telah cair akibat pintu freezer tidak sengaja terbuka sedikit. 105 oz EBM besar ertinya pada fully-breastfeeding mom seperti kami. Entri selanjutnya di sini.

Dalam entri tersebut, juga dinyatakan panduan sekiranya perkara seperti ini terjadi. Boleh baca di blog-nya. But for my entry, as per title above, saya diminta oleh Puan Ahsuez mencari guideline bagaimana hendak menderma EBM pada Hospital Kerajaan, seperti di wad bersalin atau NICU. Iyalah, ambil peluang ini memandangkan saya bekerja di hospital kerajaan.

Pada satu hari yang tak sibuk, saya pun berjalan ke wad NICU, Hospital Sibuk Antarabangsa ini. Saya dapat berjumpa dengan Sister (ketua jururawat) di wad NICU tersebut. Untuk pengetahuan, di wad-wad hospital (hospital kerajaan terutamanya), Sister is more powerful then a doctor. Sebab dalam semua perkara di wad tersebut, tentang pesakit, tentang apa saja, even doktor pun rujuk pada sister.

Saya bertanya pada beliau, sekiranya ada prosedur, guideline, atau apa saja perkara yang perlu dilakukan – sekiranya seseorang mahu mendermakan EBM di wad NICU tersebut. Saya bercerita tentang kejadian yang menimpa Puan Ahsuez sebagai contoh kejadian sekiranya ada. Beliau menjawab, tiada – kerana perkara tersebut tidak pernah berlaku. Sekiranya ada pun, mungkin tidak dapat dilakukan.

Beliau menjelaskan lagi. Ini kerana, kebanyakan bayi di wad NICU belum dapat menyusu dengan sempurna, seperti bayi yang tidak cukup bulan. Susu diberikan pun melalui tiup. Jadi, ia boleh menyebabkan pembaziran EBM juga, sekiranya didermakan. Tambahan pula, EBM handling, pengangkutan EBM dari rumah ke hospital juga akan dipersoalkan.

Beliau meminta saya ke Wad Nurseri di tingkat 3. Di wad tingkat 3, saya berpeluang berjumpa dengan sister. Di wad ini adalah wad special care untuk bayi-bayi yang kena jaundice – oh, teringat masa Alam kena jaundice dulu. Huhu.

Sister beritahu, tiada prosedur untuk menderma susu ibu di situ, kerana tidak pernah terjadi. Sekiranya ada, mungkin ada karenah biokrasi yang melecehkan. Tambahan pula, penerimaan ibu-bapa bayi sendiri bagaimana, sensitiviti tentang agama juga mungkin jadi faktor-faktor menyusahkan penerimaan EBM tersebut.

Sister juga memberitahu, sekiranya kejadian tersebut berlaku, lebih baik susu tersebut diberikan kepada ibu yang dikenali.

Sister meminta saya merujuk kepada jururawat yang bertugas di bilik susu ibu. Jururawat tersebut merupakan kaunselor laktasi di hospital ini. Mungkin nurse tersebut mempunyai contact ibu-ibu yang memerlukan susu.

Lalu saya pun ke bilik susu ibu yang terletak di bangunan induk. Saya berjumpa dengan Staff Nurse Normah, kaunselor laktasi di HSA. Lalu saya menceritakan tentang insiden yang berlaku, dan bertanya sama ada hospital ini menerima dermaan EBM. Jawabnya, tiada. Dan kami pun terus membincangkan sekiranya perkara tersebut terjadi.

SN Normah beritahu, sekiranya terjadi perkara tersebut, ibu yang mengalami insiden tersebut boleh mengambil langkah-langkah ini:

1. Simpan susu yang sudah cair tersebut di bahagian dingin-sejuk. Beliau beritahu yang susu tersebut boleh digunakan sehingga 7 hari. (Sebabkan beliau merupakan kaunselor laktasi, jadi saya ambil poin ini sebagai poin penting.) Sekiranya ragu-ragu tentang tempoh penggunaan susu yang telah dicairkan, boleh rujuk kaunselor laktasi yang berdekatan. Macam di KL, ramai kaunselor laktasi. Saya suka rujuk Puan Rita Rahayu dari SusuIbu.Com.

2. EBM boleh diberikan pada saudara yang dekat yang masih menyusukan bayi, atau kawan-kawan, juga yang masih menyusukan yang berdekatan dengan kita. Beliau juga beritahu yang Majlis Agama masih membincangkan berapa kali kenyangkah bayi yang menjadikan bayi tersebut anak susuan kepada kita. Ada kata 5 kali, ada kata 3 kali. Ada kata direct feeding, ada kata melalui botol pun boleh. Entah. Pening kan? Jadi, untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini, lebih baik ambil jalan selamat – iaitu berikan susu pada yang dikenali atau saudara mara.

3. Di Facebook ada group Human Milk For Human Babies (HM4HB), di mana group tersebut mengumpulkan senarai nama ibu-ibu yang memerlukan susu bayi berserta lokasi. Cari ibu yang memerlukan susu yang berdekatan dengan anda juga boleh menyelamatkan EBM dari terbazir begitu saja. Terpulang pada anda dan ibu tersebut untuk menerima susu anda – sama ada sehingga jadi ibu susuan atau sekadar tambah-tambah stok susu. 🙂 Di HM4HB juga mengumpulkan senarai ibu-ibu yang ingin mendermakan EBM yang banyak, sehingga dikhuatiri akan melebihi tempoh penyimpanan.

Apa yang saya dapati hasil dari perbincangan dengan sister dan sn Normah, sekiranya anda terpaksa juga dermakan EBM ke hospital, anda perlu pergi ke wad penempatan ibu-ibu selepas bersalin, berjumpa dengan sister untuk mendapat maklumat mana-mana ibu yang baru bersalin, dan masih belum ada susu, mahu fully-breastfeed dan DESPERATELY mahukan susu ibu. Derma EBM di hospital kerajaan ini, lebih kepada kena berjumpa dengan ibu yang melahirkan – dan mendapatkan persetujuan dua-dua belah pihak sendiri. One-to-one process. Dan pastinya bukan mudah. Jadi, saya rasa 3 langkah di atas lebih mudah untuk anda.

Dengan ini, diharapkan apa yang saya tuliskan dapat dijadikan rujukan berguna untuk anda semua. Dan suka diingatkan bahawa lain hospital, lain prosedurnya. Mungkin hospital swasta ada menerima derma EBM. Anda boleh rujuk hospital yang berdekatan sekiranya insiden seperti ini terjadi.

Sekiranya ada penambahan maklumat, saya akan maklumkan. 🙂

Membuka Mata dan Hati

Assalamualaikum wbt.

Kawan-kawan yang dikasihi. Saya dengan rendah hati, pada permulaan entri ini, saya menyusun jari memohon maaf. Atas apa jua kesalahan yang saya pernah lakukan, dari segi perkataan, perbualan mahupun tulisan.

Allah itu Maha pengasih lagi Maha pemurah pada setiap hambaNya. Saya ini, insan biasa yang banyak melakukan kesalahan serta jarang bersyukur atas nikmat-nikmatNya.

Entri ini BUKAN mahu menunjukkan saya seorang yang “goody-goody”. Tidak. Sebenarnya lebih kepada mengingatkan diri saya sendiri. 😦

Allah telah meminjamkan saya akal, mata dan hati untuk menilai, memerhati dan berfikir untuk jalan kebaikan. Lalu, mungkin kerana itu, saya ditakdirkan bekerja di sebuah hospital – tempat di mana kelahiran dan kematian bertemu. Ironi bukan?

Lama betul saya fikir tentang perkara ini. Bila hati saya bertanya, kenapa, mengapa. Allah membukakan mata, hati dan memberikan saya akal untuk mentafsir apa yang saya lihat, alami dan rasai.

Sebelum ini, saya bekerja di tempat yang selesa, yang mewah – duduk pula dengan keluarga – tanpa risau apa-apa. Itupun selalu juga saya merungut itu ini. Bila saya ditempatkan di sini, di sebuah hospital – nikmat tempat kerja yang mewah dan sejuk setiap hari, telah ditarik balik. Kemudahan seperti tandas dan surau pun berkongsi dengan orang awam.

Walaupun demikian, Allah itu sebenarnya Maha Penyayang. Dia “menegur” kealpaan saya dengan cara inilah. Hari-hari saya melihat kesakitan, kematian, kelahiran, agar saya “kembali” kepadaNya, berserah kepadaNya. Supaya saya sedar tentang saya ini hanyalah hambaNya yang dituntut beribadah kepadaNya, mencari rezeki di jalanNya dan mencari keredhaanNya.

Saya kongsi satu entri dari blog kegemaran saya, di sini. Itu antara satu, sebagai ingatan kepada saya. Setiap pertanyaan, pasti ada jawapannya.

Umur kita ini, sayang, bukan makin muda. Setiap waktu yang berlalu meningkatkan usia kita ke tiap saat, tiap minit, tiap jam dan seterusnya. Mak saya selalu berpesan begini, “Kita bukannya boleh menongkat langit.” – Maksudnya, mati itu pasti. Tak kiralah muda ke tua.

Antara lain, Allah selalu mendengar doa hambaNya. Saya selalu memohon kesabaran dalam mendidik anak. Allah berikan dengan menguji kesabaran saya. Setiap hari Alam tantrum. Setiap hari menangis berguling-guling. Sebenarnya, Dia bagi saya latihan untuk bersabar. Sabar perlukan latihan, betul?

Dan semua itu, menyebabkan saya rasa rendah diri serta daif bila berdepan denganNya.

Semoga saya dapat menjadi hambaNya yang solehah. Semoga keluarga saya, kawan-kawan saya, saudara-mara dan saudara seislam saya juga – menjadi hambaNya yang bertaqwa.

Ya Rabbal A’lamin.

KepadaMu sahaja aku berserah. KepadaMu sahaja aku memohon perlindungan.