Kawan..

Walaupun saya enjoy dengan beberapa situasi saya sendiri dalam melakukan sesuatu, saya tidak mahu menafikan saya perlukan kawan.

Entah ye? Sejak ke daerah asing ini, saya kepupusan kawan. Ada. Tapi jauh nun di sana. KL la. Kuching la. :-p Adik-adik tu lain. Walaupun boleh bergurau senda, makan bersama, tidur bersama (dulu – sebelum kahwin.), shopping bersama. Adik-adik, tetap sayang. Tetap, saya mahu kawan baik saya yang saya sayang, ada.

Saya pula, jenis susah nak dapat kawan. Bukannya peramah sangat~ Dah la pemilih. Tak kan la saya nak angkut kawan-kawan baik saya duduk kat sini pula, semata-mata nak temankan saya.

Orang kata dah ada suami, tak apa lah tak ada kawan. Totally wrong, dear. Kita masih perlukan kawan walaupun sudah berumah tangga. Bukan apa. Perempuan ni, lebih beremosi. Perlukan kawan perempuan yang tahu menjaga emosi itu. Kadang kita meradang atas sebab kecil pun, kawan perempuan saja boleh redakan. Suami pun boleh pujuk, tapi dia kurang mengerti kenapa kita perlu besar-besarkan perkara kecil itu. Lelaki lebih rasional dan kurang beremosi.

Kadang nak bercerita tentang benda-benda yang kita inginkan, macam baju, purse, beg tangan, kasut. Boleh juga kongsi dengan suami. Tapi excitednya tak sama macam kongsi dengan kawan. Kawan akan sama-sama excited dan sama-sama puji-puji barang yang kita beli, atau kita mahu, atau kita tunjuk. Sebab at the same reason, minat~

Suami pun puji juga. Kita lagi bangga suami puji kasut, atau baju, atau beg yang kita beli itu cantik.

Dengan kawan-kawan, kita kongsi rasa teruja, excited. Dengan suami, kita rasa bangga. ๐Ÿ™‚

Kawan, jauh macam mana pun kamu, kamu, saya rujuk jika emosi saya turun naik. Kamu, saya cari bila runsing. Kamu, saya tanya bila buntu mahu masak apa. Dan kamu juga yang saya harap dalam susah senang saya~ ๐Ÿ™‚

Advertisements

Tukar-Tukar Theme

Dah dua-tiga hari mencari theme wp yang bersesuaian. Namun, masih belum ada yang berkenan di hati. Mungkinkah aku terlalu memilih? Tidak juga.Aku cuma mahu yang ringkas dan simple dan cantik dipandang. Itu saja sudah mencukupi.

Kenapa beralih di sini?

Oh. Terlalu ramai dan sesak di blogger. Sampai aku rasa macam, ramainya blogger. I don’t want to be part of them anymore lah~ Oleh sebab aku tidak suka pada kesesakan. Apa jua jenis kesesakan. Baik aku lari ke tempat yang rilex-rilex dan tenang. No trafic.

Nanti-nanti tulis lagi. ๐Ÿ™‚

Baru

Pindah sinilah~

Ingat nak upload semua entri-entri lama dari 2001. Tapi kan. Mungkin lebih baik aku padam semua cerita itu, dan mulakan buku baru. Maksud aku, blog baru.

Ya. Tutup semua buku lama. Buat buku baru. Diari baru. Cerita baru. Kisah baru.

Yang lama buat apa dikenang. Cuma jadi pengajaran atau moral atau sebagai satu pengalaman yang mendewasakan diri. Dan moga-moga kesilapan tidak akan berulang.