Solat Dhuha

Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.
(Surah al-Dhuha : 1-5 )

Panduan solat Dhuha:
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi, atau antara 7am – 1pm petang sebelum waktu zohor,

“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Cara Ringkas Solat Sunat Dhuha :

1. Rakaat Pertama Lafaz Niat Solat Dhuha, “Allahuakbar” & Niat dalam hati :

– Lafaznya: “Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta’ala”
– Baca Alfatihah hingga akhir
– Baca Surah, pendek pun tak apa. (lebih Afdhal jika baca surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua
– Baca Alfatihah
– Baca Surah, pendek pun tak apa. (paling afdhal surah Addhuha)
– Ketika sujud rakaat terakhir, baca 3x:

– Tahiyyat akhir dan beri Salam

3. Doa Solat Dhuha

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan panduan kepada semua dan dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Advertisements

Malas Lipat Baju

Saya ni malas la lipat baju~ Haha. Sungguh jujur pengakuan tersebut.

Sebab waktu membasuh adalah di hujung minggu. Hari Sabtu, pepagi lagi dah pusing mesin. Basuh baju kerja kita. Basuh baju kerja suami. Basuh baju basahan. Seluar jeans suami. Basuh baju anak. Basuh cloth diaper. *pengsan*

Basuh tak apa lagi. Semua masuk mesin basuh – kecuali tudung. Cloth diaper, lepas bilas dan bersihkan kotoran – pun masuk mesin juga.

Bila tiba waktu melipat baju tu. Uhukssss!! Tarik nafas. Lepas nafas. Tarik nafas lagi. Lepas nafas lagi. Ulang sampai rasa lega. Ambil nafas lagi dan berkata dalam hati dengan semangat, Ya, saya akan habiskan lipat semua baju ni dalam masa 30 minit! Mula lipat baju sambil tahan nafas.

Ok. Ok. Saya tahu, saya exaggerate. Tapi lebih kurang begitulah saya rasa bila nak lipat baju tu. Kalau tak lipat baju, rimas betul mata melihat timbunan baju atas katil/sofa. Rimas! Rimas! Kalau baju dah diangkat dari sidaian, memang saya akan lipat terus. Tak mahu tangguh-tangguh. Lagi ditangguh, lagi gundah gulana hati ini (Sorry.. drama lagi~).

Jadi sekarang ni saya rasa mengada-ngada nak beli benda alah ni.

Macam best. Tengok cara lipat baju dengan mudah seperti gambar di bawah:

Senang kan? Kan? Sesuai sangat dengan orang malas lipat baju macam saya. Nasib baik baju-baju kerja di hanger kan. Kalau kena lipat juga. Haaa.. Pengsan.!!

Saya belum nak beli dalam masa terdekat ni. Tapi benda ni dah letak dalam wish-list la gitu. Hihi. Sekarang survey harga. Paling murah RM29. Paling mahal RM35. Kalau groupon ke, milkadeal ke tawar harga lagi murah dari itu, saya akan beli serta-merta. Haha.

*Huhu. Senang sangat terpengaruh dengan iklan. T__T

A Bit

My favorite dessert;

caramel cheese cake @ nandos

 

Just finished read (which I will write a review about it.) :

Dapur Wawa by Ika Madera

 

Current favorite song :

Goyte feat Kimbra - Somebody That I Used To Know

 

Watching this last weekend at ch413 – and put it in my favorite movie list;

Limitless

 

Sent my car to get new tinted last week, and change the car alarm too;

New tinted. Woohoo.

 

Nothing much to rant about, because my life pretty simple and run smoothly. But I’m thankful for that~ 🙂 And at work, busy as hell. 🙂

DIY Cuci Purse

Purse Aigner yang usianya hampir setahun tu dicemari oleh tumpahan air milo. Kerja siapa lagi kan? Hadoi! -_-” Nak pergi hantar cleaning, area JB ni tidaklah aku tahu di mana. Jadi DIY sajalah. DIY stand for Do It Yourself ya.. 😉

Fabric purse ni adalah jacquard. Nak cuci pakai sabun biasa boleh je. Tapi sebab nak jaga fabric tu, kenalah beli pencuci khas. Aku beli Coach Signature Fabric Cleaner di sini.

Cara-cara nak cuci purse ni, aku ikut langkah-langkah seperti di sini.

Things You’ll Need

Coach Signature Fabric Cleaner
Soft cloth
Liquid soap

Instructions

1 Apply a quarter-sized drop of Coach Signature Fabric Cleaner to a clean, soft, white cloth.

2 Rub the cleaner into the jacquard fabric in a gentle, circular motion. Continue cleaning until the entire surface of the jacquard fabric has been cleaned.

3 Dampen a soft cloth with water. Blot the purse to remove the soap residue. Do not rub, as this will work the soap deeper into the fabric.

4 Allow the jacquard to air dry.

 

Hasilnya:

 

Dah bersih dan berseri-seri. Purse ni masih sedang di air-dry. Suka tengok purse dah kembali cantik dan bersih seperti sediakala. Kalau tak tu, nak bawa purse pun rasa segan. Haha. Keji betul.

Barang-barang dalam purse masih bersepahan di atas meja. Hihi.

Anyway, kalau tak guna Coach Signature Fabric Cleanser ni pun tak apa. Cara-cara untuk bersihkan fabric jacquard ni ada di sini. Lepas ni boleh cuci purse sendiri di rumah saja. Hantar kedai kena caj mahal. Hoho!

Kthanksbai!

Bekerja dengan Koding

Lepas balik dari KL cuti Maulidur Rasul tu, bertimpa-timpa kerja kena buat. Kena test sistem, kena buat versioning, programming, pindah data. Waaaa.. Banyak sangat kerja. Sampai update blog pun kena curi-curi masa. Ewah. Sempat juga nak update blog kan? Sungguh keji.

Sudah 2 minggu mengadap koding, sampai tidur pun mimpi koding. Betul. Tak exaggerate. Sebab asyik mengadap koding je kan. Baik 4gl, sql mahupun php. Semalam, ada mesyuarat ringkas dengan department lain untuk penambahan kod yang baru dalam table. Turut terlibat, pembetulkan koding di form dalam sistem, yang mana berkaitan dengan kod baru tersebut. Adeh deh deh. *pitam*

Currently sedang bertungkus lumus buat satu sistem web-based untuk pemantauan latihan dalam perkhidmatan bagi staff. Sebabkan latihan asyik tak cukup 7 hari setahun, jadi nak ada satu sistem untuk pantau berapa banyak latihan yang setiap staff dah pergi. Wuuuhuhuhu~

Kelmarin pula, dapat email dari boss untuk install version baru salah satu sistem bawah pengawasan aku. Tu yang aku mengaruk kat twitter tu. Dah la nak upgrade sistem baru tu, kena uninstall previous version then install version baru, to more than 100 computer at few different department. Mana tak nak mengaruk? Dulu, kami dua orang je buat installation dulu. Penat ok. Kalau antara department ni dekat-dekat takpe gak. Dan aku 100% blame orang yang buat sistem tu. Sekarang dah ada teknologi web-based sistem, yang sesuka hati buat sistem pakai client-server based tu apa ke hal nya rajin sangat. Ingat kami ni takda kerja lain ke nak dok uninstall, install sistem ni? Pfffbbbttt..! Kan dah hangin. Haha.

Sabar aje la. Dah kerja kan. Kena la buat. Cuma kena minta tolong staff lain buatkan installation juga la. Ya la. Kita tak sukala nak ganggu-ganggu orang lain buat kerja bawah supervision kita kan. Diorang pun ada kerja hakiki juga. Hadoi. Nangis! T_T

Dah la semua-semua kerja ni kena settle cepat, sebab nak guna dalam bulan Mac. Suka tak? Tak suka tau! Nak suruh cepat buat, tapi bagi short notice.  Huhu. T_T

Terus-terang, bila aku dapat email dan kerja ini – bagaikan serentak. Terus aku rasa macam nak menangis. Sedih sungguh!

Oleh sebab stress dengan kerja, aku rasa aku layak reward diri aku sendiri dengan pembelian dua buku ini. Ewah! Eh, buku ok. Bukan aku shopping baju ke kasut. :-p

Habibi karya Craig Thompson. Graphic novel. Suggested by HanaKirana. Baca few pages, dan rasa, owh. Buku ni, menakjubkan! Serius.

Dan buku ini:

Sophie Kinsella yang terkenal dengan Shopaholic-nya. Dan aku harapkan, selain novel ini tidak terlalu romantik, dan seperti Sophie Kinsella yang biasa, humor dan selamba, serta lari dari Shopaholic. Ehehe. Aku akan baca lepas baca Habibi. 😉

Yes. That’s how I reward myself, and I love it! 🙂