Tak Putih Tak Apa

Assalamualaikum wbt.

Baru sekejab tadi dengar iklan di radio – biasala dalam office ni – radio memang on. Dengar sajalah. Walaupun kejab-kejab lagi kang lagu yang sama keluar. T__T duh!

Amboi mukadimah.

Dengar iklan tadi. Terus beristifar banyak-banyak. Mudah-mudahan kita semua diampunkan dari dosa. Sebab, dalam 10 minit iklan (biasalah semua radio di Msia ni mana ada lagu sangat. Iklan je banyak. Duh!) – most of it, I say, most of it adalah iklan memutihkan kulit. Eh, eh putehnya engkauuuu, apakah rahsianya? Rasa nak mencarut jugak ni. Aduh. Tapi dari mencarut, baiklah beristifar banyak-banyak.

Adik-adik semua – jangan sekali-sekali letak dalam fikiran bahawa bila kulit putih menjadikan kita cantik, jelita disukai ramai. Bila kulit gelap tak nak terima hakikat. Sedangkan itu Allah dah beri pada kita. Dan kenapalah kita, sebagai ibu bapa, saudara mara, masyarat – sering tekankan sering beritahu sering menyindir – bila anak tak putih sebagai tidak lawa? Semoga Allah ampunkan semua dosa-dosa kita.

Kasihan anak-anak kita ni. Dari kecil lagi kita set kan fikiran dia tentang kulit dia. Bukan kita nak terima 10001 kelebihan dia yang lain. Bukan kita nak asuh/didik dia jadi orang yang lebih baik, khalifah Allah yang soleh dan solehah. Kulit putih jugakkkkkkk yang kita dok bising-bising. Astaghfirullah hal azim.

Alim, anak ketiga aku ni – memang dark-skin. Pernah lalu di telinga aku, Alim tak hensem. Sebab Alam dan Amelyz putih, dia gelap sikit. Hahaha. Masya Allah. Dalam hati, aku hanya gelak. Ingat aku ni putih sangat ke nak dapat anak yang putih melepak? Sedar diri. Hahaha. Lagi satu, dark skin ni macho kot? Tak apa lah. Kulit saja. Bukan isi dalaman yang kita, as parents bentuk, lukis anak kita yang masih kain putih ini untuk menjadi anak yang baik, anak yang soleh, anak yang menjadi sebut-sebutan malaikat, anak yang bakal menarik tangan kita yang banyak dosa ini untuk masuk syurga. Insya Allah. Doa. Doa yang baik-baik saja.

Tolong. Hentikan semua penipuan ini. Putih kulit bukan bermaksud cantik jelita. Yang penting hati. Yang penting budi. Yang penting berakhlak tinggi. Cantikkan semua itu – insya Allah – luaran pun menyerlah cantik. Sekarang tak putih pun tak apa. Orang tak nak kawan awak sebab tak putih tak apa. Awak disayangi Allah lebih baik dari disanjung-sanjung orang.

Ok adik-adik? πŸ™‚

Wassalam.

Advertisements

Keeping Up

Tiada banyak perkara menarik berlaku dalam hidup sehari-hari. Maka dengan itu, saya malas sangat nak menulis blog. Sekadar, pergi kerja, kerja dengan bersungguh-sungguh, mengadap orang, mengadap pengguna dan masalah sistem atau komputer. Tepat pukul 5 petang, pulang ke rumah. Ambil anak di nurseri. Bawa dia pusing-pusing taman. Upah air sedap atau coklat. Balik rumah. Ah. Apalah menarik sangat tentang hidup saya untuk di ceritakan kepada dunia? πŸ˜‰

Mungkin sebab saya banyak meluah perasaan (konon), membebel di twitter. Kering terus idea nak update blog bila dah banyak membebel di twitter. Hehe. πŸ™‚

Anak saya ni, dah petah sangat bercakap. Jika berkata tak nak tu, tegas dia tak nak. Baru-baru ini, tak mahu ke nurseri. Meronta-ronta dalam kereta bila di bawa ke nurseri. Jadi, buat masa sekarang, memang tinggal di rumah nenek. Haih. Mungkin bosan di nurseri. Tak ada permainan, tak ada video BoboiBoy dia. Baru 2 tahun lebih dah tahu apa dia nak dan tak nak. Kalau nak, sampai menangis berguling-guling hendakkan sesuatu. Macam hari tu, nak kuih bangkit. Hadoi. Raya dah habis. Kuih raya pun dah tak banyak dijual. Garu kepala saya nak mencari kuih bangkit. Jika tak nak pun begitu juga. Janganlah diajak atau diberi apa yang dia tak mahu. Pun menangis berguling-guling juga. Sabar sajalah.

Saya pula, sejak mengandung ni, cepat letih, cepat mengantuk. Bila dah balik kerja, layan anak pun boleh tertidur-tidur. Pukul 9 malam dah tak larat betul nak buka mata. Kadang gagahkan juga sebab nak basuh baju, lipat baju. Kalau dilayan, alamat bersepahlah rumah.

14 minggu di trimester kedua ni, mabuk saya dah kurang. Cuma memang tak tahan bau-bau masakan/makanan. Mesti rasa nak muntah. Kalau tak tahan, mesti muntah. Selera makan pun tak tentu. Kadang boleh makan, kadang tak boleh. -_-” Apa nak buat? Dah hormon badan macam tu. Huhu.

Plain and typical. But I live my life to the fullest. Its just I don’t really want to jot down about it anymore.

Solat Dhuha

Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.
(Surah al-Dhuha : 1-5 )

Panduan solat Dhuha:
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi, atau antara 7am – 1pm petang sebelum waktu zohor,

β€œSolat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Cara Ringkas Solat Sunat Dhuha :

1. Rakaat Pertama Lafaz Niat Solat Dhuha, “Allahuakbar” & Niat dalam hati :

– Lafaznya: “Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta’ala”
– Baca Alfatihah hingga akhir
– Baca Surah, pendek pun tak apa. (lebih Afdhal jika baca surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua
– Baca Alfatihah
– Baca Surah, pendek pun tak apa. (paling afdhal surah Addhuha)
– Ketika sujud rakaat terakhir, baca 3x:

– Tahiyyat akhir dan beri Salam

3. Doa Solat Dhuha

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan panduan kepada semua dan dapat memberi manfaat kepada kita semua.

DIY Cuci Purse

Purse Aigner yang usianya hampir setahun tu dicemari oleh tumpahan air milo. Kerja siapa lagi kan? Hadoi! -_-” Nak pergi hantar cleaning, area JB ni tidaklah aku tahu di mana. Jadi DIY sajalah. DIY stand for Do It Yourself ya.. πŸ˜‰

Fabric purse ni adalah jacquard. Nak cuci pakai sabun biasa boleh je. Tapi sebab nak jaga fabric tu, kenalah beli pencuci khas. Aku beli Coach Signature Fabric Cleaner di sini.

Cara-cara nak cuci purse ni, aku ikut langkah-langkah seperti di sini.

Things You’ll Need

Coach Signature Fabric Cleaner
Soft cloth
Liquid soap

Instructions

1 Apply a quarter-sized drop of Coach Signature Fabric Cleaner to a clean, soft, white cloth.

2 Rub the cleaner into the jacquard fabric in a gentle, circular motion. Continue cleaning until the entire surface of the jacquard fabric has been cleaned.

3 Dampen a soft cloth with water. Blot the purse to remove the soap residue. Do not rub, as this will work the soap deeper into the fabric.

4 Allow the jacquard to air dry.

 

Hasilnya:

 

Dah bersih dan berseri-seri. Purse ni masih sedang di air-dry. Suka tengok purse dah kembali cantik dan bersih seperti sediakala. Kalau tak tu, nak bawa purse pun rasa segan. Haha. Keji betul.

Barang-barang dalam purse masih bersepahan di atas meja. Hihi.

Anyway, kalau tak guna Coach Signature Fabric Cleanser ni pun tak apa. Cara-cara untuk bersihkan fabric jacquard ni ada di sini. Lepas ni boleh cuci purse sendiri di rumah saja. Hantar kedai kena caj mahal. Hoho!

Kthanksbai!

Cuti Dari Krismas Ke Tahun Baru

Sakan cuti~ πŸ™‚

Sebenarnya ada kerja kahwin ni. Majlis perkahwinan adik.

So, hari ini sudah hari Khamis. Jadi persiapan makin rancak dilakukan. Hari ni khemah sudah dipasang. Malam nanti pelamin pula.

Ayah suka berkenduri secara traditional, dari berkatering. Masih ada kerja rewang dan penanggah. Bahan-bahan memasak sudah tersusun di dapur menunggu untuk di masak esok hari. Tunggu orang datang je ni.

Esok pasti meriah rumah ni dengan orang ramai. Esok juga akad nikah akan berlangsung sesudah Asar. Kenduri pula, hari Sabtu. KakTeh mesti berdebar-debar tu. Hihi.

Aku sudah berada di KL sejak cuti Krismas bersama Alam. Azlie hantar, kemudian pulang ke JB semula. Kerja. Esok dia datang KL semula.

Few days tak jumpa Papa dia, Alam tercari-cari. Pagi-pagi bangun tidur, dia panggil Papa. Hihi. I bet Azlie missed his son too. Mesej dia semua tanya pasal Alam je. Haha.

Takpe. Esok Alam dapat jumpa papa k? πŸ™‚ Hihi.

Banyak kerja ni. Sempat update pula. Haha. Nanti update lagi. Daaa..